Thursday, September 4, 2008

KAD HARI RAYA


Saya kena wat kad Hari raya menggunakan Photoscape....Ini adalah hasil kerja saya...Amacam?

Saturday, August 23, 2008

Keluarga Saya...



KELUARGA.....Keluarga adalah sangat bermakna dalam hidup saya....Dengan keluarga sayalah tempat saya mengadu, bermesra, berkasih sayang....Tanpa mereka hidup saya tidak bermakna, tak tentu arah......Tetapi jika kita sentiasa ingat pada keluarga kita, hidup kita akan aman dan segalanya sempurna.....

Saya mempunyai ayahanda dan bonda.......
Mereka adalah sumber inspirasi saya. Mereka banyak memberi dorongan dan semangat kepada saya di dalam semua perkara...terutamanya pelajaran saya...mereka tidak putus-putus mendoakan kejayaan anak-anak mereka.......

NOR AMANSHAH (ayah), 57 tahun......seorang pesara di jabatan kerajaan......beliau ialah seorang ayahanda yang berdedikasi, penyayang, baik, kelakar,mengambil berat terhadap keluarganay serta mempunyai ciri-ciri seorang ayah dan suami yang mithali....ayahanda selalu memberi nasihat serta dorongan kepada anak-anaknya pada setiap masa dan pada setiap Hari Raya, kami akan berkumpul satu keluarga untuk mendengar sedikit nasihat dan luahan daripadanya....Segala luahan yang diberikan amat bermakna kepada kami supaya tidak leka terhadap duniawi yang penuh pancaroba...Selain itu, ayahanda selalu mengingatkan supaya kami adik-beradik tidak lupa sesama sendiri, saling bantu-membantu, hormat menghormati diantara satu sama lain...

HALIMATUSSAA'DIYAH (emak), 49 tahun.......seorang surirumah..........beliau juga ialah seorang bonda yang penyayang, baik, serta pandai menguruskan hal-hal rumahtangga....bonda selalu mengambil berat terhadap anak-anaknya serta suaminya yang dicintai....bonda juga mempunyai ciri-ciri seorang isteri dan emak mithali...Bonda sangat gemar memasak....Setiap masakannya sanga kami gemari dan yang tersedap sekali...Masakan kampung akan bonda hidangkan kepada kami dengan pertolongan anak-anak perempuannya serta adik dan ayahanda saya.....Sehingga kami membuka syarikat keluarga kami iaitu "NASHA INTERPRISE" yang kebanyakkannya menyediakan katering untuk jamuan, mesyuarat dan lain-lain....

NOR HAFIDZI (kaklong), 28 tahun......adalah kakak sulung keluarga kami...beliau bekerja di syarikat perkapalan MOL LOGISTIC....beliau adalah seorang kakak yang baik...mengambil berat terhadap adik-adiknyaa.....beliau sudah berkahwin dengan seorang pemuda yang berasal di Kuala Medang, Pahang berumur 30 tahun.....sekarang ini, beliau sedang mengandungkan anak mereka yan sulung setelah setahun berumahtangga....eeeeeeeeee.....xsabar rasanya nak dapat anak buah.....huhuhu.......dan setiap minggu, mereka akan datang melawat kami dirumah.....

NOR SHAHRIZAL (bangah), 27 tahun......anak kedua dan merupakan abang yang sulung.....beliau masih lagi berkerja sebagai MAINTENANCE di syarikat swasta...beliau seorang abang yang baik, kelakar,mengambil berat terhadap adik-adiknya serta kakaknya walaupun dia sudah bersuami....

NOR SHAH IZWAN (banglang), 25 tahun....anak ketiga.....beliau bekerja di syarikat swasta juga...beliau baik dengan saya...jika saya mempunyai masalah kewangan di politeknik, dia akan membantu saya....beliau juga mengambil berat terhadap keluarga saya.....

NOR SHAH HAFIDZ (bangde), 24 tahun......anak keempat....bekerja di syarikat swasta....beliau sangat baik dan juga kelakar....beliau banyak membantu saya dalam segala hal yang berkaitan dengan teknologi maklumat...mengenai laptop, printer, pindrive....semuanya abang saya yang inilah membantu saya untuk mendapatkannya...

NOR SHAH NIZAM (bangdek), 23 tahun.....anak kelima dan merupakan abang yang paling bongsu dalam keluarga saya.....beliau juga bekerja di Maidin sebagai MAINTENANCE....beliau juga seorang yang sangat kelakar, baik serta mengambil berat tentang keluarganya.....beliau sangat suka menyakat adik-adiknya serta abang-abangnya.....merekalah yang selalu meriuhkan suasana dirumah....beliau sudah bertunang dengan gadis dari Johor dan akan di ijabkabulkan pada bulan 4 tahun 2009....

NOR SAIEDATUL AKMA (kakcik), 21 tahun.....seorang kakak yang baik serta mengambil berat....beliau masih lagi belajar....beliau baru sahaja mengambil ijazah dalam perakaunan di UITM Shah Alam selepas tamat belajar dalam jurusan perakaunan di UITM Sri Iskandar, Perak pada sesi Jun 2008 yang lalu.....setiap minggu beliau akan pulang ke rumah untuk membantu ibu saya dirumah.....

NOR IZZA FASEHAH (laili), 20 tahun...iaitu saya sendiri.....saya masih lagi belajar di Politeknik Sultan Idris Shah dan mengambil kos Diploma Sains Kesetiausahaan...sekarang ni saya sem yang terakhir.....saya juga seorang yang mengambil berat mengenai keluarga saya...saya sayang keluarga saya.....

NOR AMINATUZZUHRIAH (noni), 19.....satu-satunya adik perempuan saya yang saya sayang.....beliau masih lagi belajar di UITM Sri Iskandar, Perak.....beliau ambil jurusan Diploma Perakaunan seperti kakak saya juga...sekarang ini beliau semester ketiga.....beliau juga baik dan mengambil berat seperti abang-abang dan kakak-kakaknya......jika dia memerlukan apa-apa, dia akan merujuk kepada kami......

NOR SHAH NAZRIN (ayen), 15 tahun.....anak yang ke 10......seorang adik yang baik, rajin menolong ibu kami semasa kami tiada dirumah....beliau pelajar Tingkatan 3 di Sekolah Menengah Kebangsaan Cochrane....Jadinya, tahun ini beliau bakal menduduki peperiksaan PMR....kak Leli (panggilan saya) harap Ayin (panggilan manja) belajar bersungguh-sungguh dan dapat result yang baik PMR nnt ekkk...ALL THE BEST!!!

NOR SHAH FIKRI, 17 tahun, dan NOR SHAH HANAFI, 14 tahun, adalah adik-adik saya yang tinggal berjauhan dari keluaraganya...mereka tinggal bersama makcik saya di Ujong Permatang, Selangor....Mereka dijaga oleh makcik untuk dijadikan teman kerana anak-anaknya tidak ramai...tapi mereka tahu yang kami ini adalah keluarga mereka...mereka tau mereka ada ayah, mak, kakak, abang yang boleh mereka mengadu...jika mereka kekurangan wang, dan memerlukan tunjuk ajar, kami akan membantunya.....
Keluarga saya adalah sumber inspirasi saya........
I LOVE MY FAMILY.........EMMMMMUUUAAHHH.......






Friday, August 22, 2008

Aktiviti-aktiviti Di Politeknik.....


Semasa berada di politeknik, banyak aktiviti-aktiviti yang dijalankan..

Antaranya adalah....................


Semasa semester satu, saya telah mengikuti aktiviti Kelab DSK iaitu antaranya Sukaneka....Aktiviti tersebut telah dijalankan pada hari Sabtu jam 8 pagi sehingga 12 tengahari...Aktiviti ini dijalankan hanya untuk pelajar DSK sahaja serta pensyarah-pensyarah Jabatan Perdagangan sahaja...Antara aktiviti-aktivitinya adalah senaman pagi, sukaneka, acara berkumpulan, pakaian seragam dengan menggunakan barang-barang kitar semula dan sebagainya......Aktiviti ini dapat mengeratkan ikatan silaturahim antara pelajar-pelajar DSK dari semester satu hingga empat serta pensyarah-pensyarah....


Selain itu, Kelab DSK juga telah membuat satu malam DSK bertemakan "Merah Hitam". Aktiviti ini dijalankan di Dewan Syarahan Utama yang melibatkan hanya pelajar-pelajar DSK serta pensyarah Jabatan Perdagangan sahaja. Aktiviti ini adalah untuk meraikan perpisahan pelajar DSK semester akhir.


Semester dua pula, saya telah mengikuti Jamuan Hari Raya kelas DSK 2C bersama pensyarah-pensyarah Jabatan Perdagangan. Aktiviti ini adalah untuk meraikan sambutan Hari Raya Kelas DSK 2C di politeknik bersama pensyarah-pensyarah.....Jamuan Hari Raya ini dijalankan di Kafeteria Pentadbiran...


Pada semester 4 pula, aktivit-aktiviti yang akan dijalankan adalah jualan sempena "Career Fiest" yang akan dijalankan pada 27 dan 28 Ogos 2008. Selain itu, Jamuan Berbuka Puasa dan Jamuan Hari Raya serta malam Kelab DSK yang akan berlangsung selepas Hari Raya, Insyaallah....





Latihan Industri di Perkeso, Ampang...



Tanggal 14 Januari 2008 yang lepas, saya dikehendaki untuk menjalani Latihan Industri di tempat yang telah saya pilih........iaitu di Pertubuhan Keelamatan Sosial (PERKESO)....... Saya dikehendaki untuk menyempurnakan latihan industri ini selama 1 semester iaitu 6 bulan....


Pada 14 Januari 2008, saya mendaftarkan diri di Perkeso...... Semasa mendaftar, ayah yang menemani saya.


Mula-mula saya di minta untuk menunggu pegawai yang menguruskan pelajar praktikal...lebih kurang 3 orang pelajar praktikal yang mendaftar termasuk saya sendiri.....Saya mula berkenalan dengan mereka di sana sebelum kami ditempatkan ke bahagian yang lain.... Mereka ialah pelajar Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.


Tidak lama kemudian saya di tempatkan ke Bahagian Khidmat Pengurusan, Cawangan Pentadbiran, Unit Jemaah Rayuan Keselamatan Sosial.....Di sana, Ketua Kerani Bahagian Khidmad Pengurusan, Puan Aisyah, membawa saya ke Unit Jemaah Rayuan Keselamatan Sosial (JRKS) untuk diperkenalkan saya kepada mereka.....


Di Unit JRKS, saya telah diterangkan mengenai Unit JRKS ini oleh pegawai disana, En. Ridzuan. Mereka mengajar saya untuk menguruskan sesuatu proses rayuan mengikut prosedur-prosedur yang ditetapkan.

Cara-caranya adalah:

  1. Menerima borang rayuan kemudian mendaftarkan rayuan tersebut di dalam buku terminal kemudian masukkan segala maklumat Orang Berinsrans (OB) di dalam Sistem JRKS.


  2. Selepas itu, mengemukakan borang tersebut kepada pihak Perundangan untuk proses fail pembelaan (fail biru).


  3. Apabila telah menerima fail pembelaan tersebut, pihak mahkamah akan memberikan tarikh perbicaraan yang sesuai untuk dibicara.


  4. Selepa selesai perbicaraan, pihak Urusetia akan memberi surat keputusan mahkamah mengikut keputusan yang telah hakim tetapkan.


  5. Selepas selesai urusan mahkamah, pihak Urusetia akan memberi tuntutan elaun kepada Hakim, Pengapit-pengapit Hakim, Jurubahasa serta saksi mengikut jumlah yang telah ditetapkan oleh Akta Jemaah Rayuan Keselamatan Sosial.

Itu adalah cara-cara untuk menguruskan proses menyemak, mendaftar dan menguruskan proses rayuan...........................


Didalam proses tersebut, OB akan dikemukakan notis perbicaraan mahkamah kemudian pihak Urusetia akan menelefon mereka sebagai peringatan untuk menghadirkan diri ke mahkamah pada tarikh, masa dan tempat yang telah ditetapkan bagi mengelakkan rayuannya terbatal serta-merta.......

Emmmmmmm........

Banyak pengalaman yang saya dapat disana...... Ini adalah pengalaman yang pertama saya bekerja...... Seronok gk kerja, tapi memang letih.....masa mula2 masuk keje, kene susun fail..byk pulak tu....nak kene susun untuk di letakkan ke dalam stor.....2 minggu asyk kene buat bende yang sama.....tapi nasib baik la tak kene buli..huhuhuhu....

Pegawai-pegawai kat sana semuanya baik...mereka selalu jaga saya.....mereka seperti keluarga saya juga...seronok bekerja dengan mereka....keadaan disana memang riuh..sampai Ketua Kerani di hujung sana dapat mendengar keriuhan kami....huhuhuhu...buat keje pun tak boring, asyik gelak je...masing2 ade cerita mereka sendiri....terutama Encik Ku Shazil, dia selalu meriuhkan keadaan di Unit JRKS, dan dia selalu bergurau dengan Encik Ridzuan.....kelakar betul saya tengok mereka bertekak...sorang cakap Terengganu, sorang lagi cakap Kedah....xtaula dorang faham ke x.....hihihihi......

Bos, Encik Fauzi,pun baik. Sebelum ini, Encik Fuad bos saya pun baik gak, sebelum dia di tukarkan ke bahagaian lain.....kedua-duanya memang susah nak jumpa....bos yang terlalu baik, prihatin terhadap pekerja-pekerjanya dan sangat peramah.......die selalu tanya perkembangan saya di Unit JRKS ini....


Saya sangat berpuas hati dengan latihan industri di Unit JRKS ini, cume saya berharap agar pihak Urusetia akan memberikan pendedahan kepada pelajar praktikal dengan memberi peluang kepada mereka untuk mengetahui suasana perbicaraan di mahkamah.

Emmmm...terlalu cepat masa berlalu.....Dah nak abis praktikal.....Yang sedihnya, masa hari terakhir, semua pegawai tiada kerana ada urusan di mahkamah mengenai perbicaraan OB.....tapi saya tidak keseorangan, kerani-kerani di sana ada untuk saya mengucapkan SELAMAT TINGGAL.....Kak Sarah, Kak Moon dan Kak Laily ada untuk menemani saya.....Mereka banyak memberi semangat, dorongan untuk saya meneruskan pelajaran saya di politeknik....Dan kata-kata mereka itu membuatkan saya kuat dan bersemangat untuk menerusi sesi pembelajaran saya di politeknik.....

Tidak lupa juga kepada warga PERKESO yang banyak melibatkan latihan praktikal saya, agar mereka SUCCESS SELALU...

ALL THE BEST SOCSO!!!!!!!!





Tuesday, July 29, 2008

Diri saya





NAMA Nor Izza Fasehah Binti Nor Amanshah...

Umur 20 tahun. Dilahirkan di Hospital Tanjong Karang. Pada 7 Julai 1988.....

Tinggal bersama-sama family di Cheras, Kuala Lumpur...

Mempunyai 11 orang adik beradik. 7 orang putera dan 4 orang puteri.... Seorang ayahanda dan bonda...

Emmmmmmmm........Mula belajar dari darjah 1 hingga 6 di Sekolah Kebangsaan Jalan Pasar Dua dan di Sekolah Rendah Kebangsaan Agama At-Taufiqiah....
Selepas itu sambung belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Puterijaya, dari tingkatan 1 hingga 5....

Semasa sekolah rendah, banyak menyertai aktiviti-aktiviti sekolah seperti sukan dan kebudayaan..... Antaranya adalah Bola Jaring (wakil rumah sukan Zamrud (hijau) dan Bola Baling (wakil sekolah)......... Untuk kebudayaan pula antaranya koir, dikir barat, nasyid (wakil sekolah)........

Ketika di sekolah menengah pula, menyertai sukan iaitu Bola Tampar (wakil sekolah).... Mula-mula tu saje je main-main ngan member class, pastu terus masuk pasukan bola tampar....nasib baiklaa jurulatih bola tampar adalah abang saya sendiri...on jelaa...huhhu... Emmmmmm.....selain itu saya juga aktif seperti di sekolah rendah....iaitu Nasyid (wakil sekolah (solo) - dari Tingkatan 3 hingga 5), dan Dikir Barat (sebagai Tukang Karut)..........

Selepas tamat tingkatan 5, nama tersenarai untuk menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) di Raub, Pahang selama 3 bulan........ Banyak pengalaman semasa di sana.... Dapat mendisplinkan diri dari segi masa......Selain itu, dapat kenal dengan ramai kawan dari seluruh Malaysia.... Semasa di sana, setiap pagi kena bangun pada jam 4...kerana semua wira dan wirawati perlu berada di dataran kawad pada jam 5.... Di sana dapat makan 8 kali sehari...Fuhhh...memang enak masakannya....tiap-tiap hari makan ayam....memang semuanya lengkaplaa,,,, Tempat tidur pn selesa..setiap bilik ade 8 orang dan berlainan bangsa.... Saya dapat bilik dihujung sekali,... Mula-mula tu memang takut gak, tapi perlu fikir positif....hehehe... Terlalu banyak pengalaman semasa di PLKN...Satu hari tu, saya terjaga dari tidur.....memang tak boleh nk pejam mata, bile pejam je, mesti bukak balik...huhhh...beremang bulu roma.......tiba-tiba terdengar nyalakan anjing...dari jauh dan makin lama semakin dekat...sehingga ke cermin tingkap dimana tempat saya tidur...rasa macam benda tu kat sebelah kita...agak menakutkan...dan pada masa yang sama....terdengar sesuatu mengilai..."alamakkkk.....ape benda tu" bisik hati ku....terlalu kuat bunyi itu...pada masa tu, segala doa dan surah saya baca bagi menghilangkan rasa takut tersebut...fuhhhh....tak dapat nak dibayangkan macam ne situasi tersebut....itulahhhh pengalaman yang xkan dilupakan...selain itu, semasa saya sakit.....pelatih disana bawa saya ke klinik menaiki motor...semasa dalam perjalanan pulang dari klinik, terasa macam ade benda ikut kat belakang.....tiba-tiba terdengar bunyi kain seperti di tiup angin kat atas kepala....mmg tak pandang langsung langsung sebab takut...tapi memang perasan benda tu terbang kat atas walaupun samar-samar.........sampai pelatih yang teman tu pun boleh terpandang dua kali....macam dia xpasti betulkah apa yang dia lihat.......lepas sampai bilik, terus tido....xnak fikir pasal tu.....
Emmmmmmmmmmmm.................
Selepas tamat PLKN, dapat tawaran ke Politeknik Sultan Idris Shah...dapat kos Diploma Sains Kesetiausahaan...........

Mula-mula dapat rasa seronok sangat...xsabar-sabar nak masuk poli... Bila tiba masa pendaftaran, rasa macam was-was je nk daftar...masa daftar tu memang ramai sangat..sampai terpaksa berdiri..hihihi...penat sangat... Apabila sudah selesai mendaftar, petang tu kena pergi MSK.... Masa MSK terlalu penat sangat....Sampai xde selera nak makan.... Tidur pn xcukup...sampai terlewt bangun satu hari tu...hihihi..... Tapi bila nak abis MSK je selera terus naik..hehehe...

Masa sem 1, seronok dapat kawan baru....... Roomate pun baik...Suziana namanya...Pelajar SHK.... dah 2 sem duduk sebilik ngan dia...

Emmm....mula-mula blajar trengkas ngan shorthand memang susah...xfaham langsung ape bende yang kiteorang belajar... ikut je ape yang lecturer buat......tp bile dah lama belajar....barulah tau apa itu trengkas ngan shorthand.... Susah juga nak belajar...nak kena laju je..maklumlah nak jadi setiausaha kan....hehehehe........tapi nasib baik faham apa yang lecturer ajar....masa exam akhir tu, masa nak amik speed, mmg xboleh langsung nak amik..sebab takut..maklumlaa baru first time amik speed...hihihi...tapi bile masuk sem 2, speed je.......shorthand, trengkas dan typing, kena speed je memanjang...susah tau nak dpt markah....bile masuk je class, terus 90psm...mane xdpt nye...tgn pun keras....lame x praktis...hihihi..tp makin lama ok....sebab banyak assignment...

Lepas sem 2, terus LI......mcm mane LI ekkkk................?????? Emmmmmmmmmm..........nnt saya akan ceritakan........
Sedar tak sedar sekarang ni saya berada di semestser empat iaitu semester terakhir saya....rasa macam sekejap sangat masa berlalu....rasa macam baru je saya masuk politeknik....tapi alhamdulillah sebab saya berjaya sampai ke tahap ini untuk menamatkan pelajaran saya....Sekarang ni saya sedang berusaha untuk menyempurnakan segala tugasan yang diberikan oleh pensyarah dengan sebaik mungkin.
Dan saya akan berusaha untuk meningkatkan lagi pointer saya......Saya kena buktikan yang saya ni BOLEHHHH!!!!!!!!!!!!!!