Pada 14 Januari 2008, saya mendaftarkan diri di Perkeso...... Semasa mendaftar, ayah yang menemani saya.
Mula-mula saya di minta untuk menunggu pegawai yang menguruskan pelajar praktikal...lebih kurang 3 orang pelajar praktikal yang mendaftar termasuk saya sendiri.....Saya mula berkenalan dengan mereka di sana sebelum kami ditempatkan ke bahagian yang lain.... Mereka ialah pelajar Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.
Tidak lama kemudian saya di tempatkan ke Bahagian Khidmat Pengurusan, Cawangan Pentadbiran, Unit Jemaah Rayuan Keselamatan Sosial.....Di sana, Ketua Kerani Bahagian Khidmad Pengurusan, Puan Aisyah, membawa saya ke Unit Jemaah Rayuan Keselamatan Sosial (JRKS) untuk diperkenalkan saya kepada mereka.....
Di Unit JRKS, saya telah diterangkan mengenai Unit JRKS ini oleh pegawai disana, En. Ridzuan. Mereka mengajar saya untuk menguruskan sesuatu proses rayuan mengikut prosedur-prosedur yang ditetapkan.
Cara-caranya adalah:
- Menerima borang rayuan kemudian mendaftarkan rayuan tersebut di dalam buku terminal kemudian masukkan segala maklumat Orang Berinsrans (OB) di dalam Sistem JRKS.
- Selepas itu, mengemukakan borang tersebut kepada pihak Perundangan untuk proses fail pembelaan (fail biru).
- Apabila telah menerima fail pembelaan tersebut, pihak mahkamah akan memberikan tarikh perbicaraan yang sesuai untuk dibicara.
- Selepa selesai perbicaraan, pihak Urusetia akan memberi surat keputusan mahkamah mengikut keputusan yang telah hakim tetapkan.
- Selepas selesai urusan mahkamah, pihak Urusetia akan memberi tuntutan elaun kepada Hakim, Pengapit-pengapit Hakim, Jurubahasa serta saksi mengikut jumlah yang telah ditetapkan oleh Akta Jemaah Rayuan Keselamatan Sosial.
Itu adalah cara-cara untuk menguruskan proses menyemak, mendaftar dan menguruskan proses rayuan...........................
Didalam proses tersebut, OB akan dikemukakan notis perbicaraan mahkamah kemudian pihak Urusetia akan menelefon mereka sebagai peringatan untuk menghadirkan diri ke mahkamah pada tarikh, masa dan tempat yang telah ditetapkan bagi mengelakkan rayuannya terbatal serta-merta.......
Emmmmmmm........
Banyak pengalaman yang saya dapat disana...... Ini adalah pengalaman yang pertama saya bekerja...... Seronok gk kerja, tapi memang letih.....masa mula2 masuk keje, kene susun fail..byk pulak tu....nak kene susun untuk di letakkan ke dalam stor.....2 minggu asyk kene buat bende yang sama.....tapi nasib baik la tak kene buli..huhuhuhu....
Pegawai-pegawai kat sana semuanya baik...mereka selalu jaga saya.....mereka seperti keluarga saya juga...seronok bekerja dengan mereka....keadaan disana memang riuh..sampai Ketua Kerani di hujung sana dapat mendengar keriuhan kami....huhuhuhu...buat keje pun tak boring, asyik gelak je...masing2 ade cerita mereka sendiri....terutama Encik Ku Shazil, dia selalu meriuhkan keadaan di Unit JRKS, dan dia selalu bergurau dengan Encik Ridzuan.....kelakar betul saya tengok mereka bertekak...sorang cakap Terengganu, sorang lagi cakap Kedah....xtaula dorang faham ke x.....hihihihi......
Bos, Encik Fauzi,pun baik. Sebelum ini, Encik Fuad bos saya pun baik gak, sebelum dia di tukarkan ke bahagaian lain.....kedua-duanya memang susah nak jumpa....bos yang terlalu baik, prihatin terhadap pekerja-pekerjanya dan sangat peramah.......die selalu tanya perkembangan saya di Unit JRKS ini....
Saya sangat berpuas hati dengan latihan industri di Unit JRKS ini, cume saya berharap agar pihak Urusetia akan memberikan pendedahan kepada pelajar praktikal dengan memberi peluang kepada mereka untuk mengetahui suasana perbicaraan di mahkamah.
Emmmm...terlalu cepat masa berlalu.....Dah nak abis praktikal.....Yang sedihnya, masa hari terakhir, semua pegawai tiada kerana ada urusan di mahkamah mengenai perbicaraan OB.....tapi saya tidak keseorangan, kerani-kerani di sana ada untuk saya mengucapkan SELAMAT TINGGAL.....Kak Sarah, Kak Moon dan Kak Laily ada untuk menemani saya.....Mereka banyak memberi semangat, dorongan untuk saya meneruskan pelajaran saya di politeknik....Dan kata-kata mereka itu membuatkan saya kuat dan bersemangat untuk menerusi sesi pembelajaran saya di politeknik.....
Tidak lupa juga kepada warga PERKESO yang banyak melibatkan latihan praktikal saya, agar mereka SUCCESS SELALU...
ALL THE BEST SOCSO!!!!!!!!
7 comments:
salam nak tanya
ada interview tak kalau mtk internship kat perkeso
Nak tanya akak course apa eh? Job scope related dgn course akak tak?
Salam .boleh saya tahu PERKESO ada mengambil latihan industri pada bulan september 2019?
Nak tnya apa alamat perkeso utk email
ada dekat portal perkeso
Perkeso ada elaun x untk pljr praktikal?
Assalam kalau li di perkeso ada elaun tak
Post a Comment